Thursday 26 October 2017

TAJUK PANAS SEJARAH 2 SPM 2017 "PEMBENTUKAN MALAYSIA (Bhg 1)"


CADANGAN PEMBENTUKAN MALAYSIA 

SKOP KAJIAN

·         Cadangan pembentukan Malaysia
·         Faktor pembentukan Malaysia
·         Faedah pembentukan Malaysia
·         Nilai dan Iktibar


CADANGAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

(a)    Jelaskan cadangan yang dikemukakan tentang pembentukan Malayasia.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 137 – 138)

Cadangan yang dikemukakan tentang pembentukan Malayasia IALAH .....
·         Cadangan Lord Brassey (1887)
Beliau mencadangkan agar menggabungkan Sarawak dan Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri Selat.
·         Cadangan Sir Malcolm MacDonald (1948)
Beliau mencadangkan agar gabungkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan TM.
·         Cadangan Dato’ Onn Jaafar (1956)
Beliau mencadangkan agar menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
·         Cadangan Lee Kuan Yew (1959)
Beliau mendesak British menggabungkan Singapura dengan Tanah Melayu.


(b)    Mengapakah Lee Kuan Yew mahu menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 139 - 140)

Lee Kuan Yew mahu menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu KERANA .....
·         Ancaman komunis di Singapura apabila Barisan Sosialis memenangi pilihan raya kecil Hong Lim di Singapura.
·         Pengaruh Barisan Sosialis, yang merupakan parti berhaluan kiri melemahkan Parti Tindakan Rakyat pimpinan Lee Kuan Yew.
·         Lee Kuan Yew bimbang kebangkitan Barisan Sosialis akan menggugat rancangan British untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura.
·         Lee Kuan Yew berharap Persekutuan Tanah Melayu memberikan pertolongan membanteras pengaruh komunis di Singapura.


FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

(a)    Sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman             menerima cadangan pembentukan Malaysia.
         Apakah rasionalnya beliau berbuat demikian ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 140)

Beliau berbuat demikian KERANA pembentukan Malaysia akan dapat …..
·         Menghalang pengaruh komunis di Singapura dan di wilayah-wilayah Borneo.
Ideologi komunis bertapak di Singapura apabila parti Barisan Sosialis memenangi pilihan raya kecil Hong Lim di Singapura.
Clandestine Communist Organization (CCO) mahu menjadikan Sarawak sebagai sebuah negara komunis di Borneo.
Pembentukan Malaysia dapat menjadi benteng bagi menghadapi ancaman komunis di Asia Tenggara.
·         Mempercepatkan kemerdekaan negeri Sarawak, Sabah dan Brunei.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) 1960 mengusulkan agar tanah jajahan diberi kemerdekaan.
Hampir semua negara di Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan.
Negeri Sarawak, Sabah dan Brunei belum mampu berkerajaan sendiri.
Pembentukan Malaysia akan dapat mempercepatkan kemerdekaannya.
·         Mewujudkan pasaran yang lebih luas.
Di samping itu pembentukan Malaysia akan mewujudkan pasaran yang luas bagi menggalakkan pelaburan dan meningkatkan industri pertanian.
Tanah Melayu kaya dengan dengan bijih timah dan getah, Sabah kaya dengan balak, manakala Sarawak dan Brunei kaya dengan hasil minyak.
Pembentukan Malaysia dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri anggota.


(b)    Terangkan faktor yang membawa kepada pembentukan Malaysia.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 138 - 140)

PEMBENTUKAN MALAYSIA .....
·         Disebabkan faktor keselamatan
Lee kuan Yew berminat bergabung dengan Malaysia kerana ancaman komunis di Singapura. Kemenangan Parti Barisan Sosialis dalam pilihan raya kecil Hong Lim melemahkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinannya. Hal ini menyebabkan beliau bimbang British tidak mahu memberi kemerdekaan kepada Singapura. Beliau berhasrat menyertai penubuhan Malaysia dengan harapan pengalaman Persekutuan Tanah Melayu dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM)  dapat membantu Singapura menghadapi ancaman komunis.
Sarawak juga menghadapi ancaman komunis. Clandestine Communist Organization (CCO) mahu menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia untuk membendung ancaman komunis di Borneo. Pembentukan Malaysia dapat mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.


·         Disebabkan faktor kemerdekaan. 
Pembentukan Malaysia dapat mempercepatkan kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei.
Pada masa itu, Sarawak, Sabah dan Brunei belum mampu berkerajaan sendiri.
Penyertaan ke dalam Malaysia akan menjamin mereka memperoleh kemerdekaan lebih awal.
·         Disebabkan proses dekolonisasi British. 
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) 1960  mengusulkan agar tanah jajahan diberi kemerdekaan.
Hampir semua negara di Asia Tenggara telah berjaya mendapatkan kemerdekaan.
British menyahut seruan PBB dengan melaksanakan dasar dekolonisasinya terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.
·         Disebabkan faktor kerjasama ekonomi.
Penubuhan Malaysia dapat mewujudkan pasaran yang luas bagi menggalakkan pelaburan dan meningkatkan perkembangan industri pertanian.
Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan sumber-sumber yang ada di negeri itu.
Di samping itu, kesepakatan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Singapura untuk memajukan negeri masing-masing.
·         Disebabkan faktor kependudukan
Pembentukan Malaysia adalah untuk mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum .
Ia dapat mewujudkan semangat setiakawan dalam kalangan negeri anggota.


FAEDAH PEMBENTUKAN MALAYSIA


(a)     Sarawak dan Sabah akan menikmati banyak faedah dengan menjadi anggota                                    Persekutuan Malaysia.
          Jelaskan pernyataan tersebut.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 139 - 140)

·                         Sarawak dan Sabah akan menikmati banyak faedah dengan menjadi anggota Persekutuan Malaysia. Sabah dan Sarawak memperoleh kemerdekaan dengan cepat. Contohnya, Sabah dan Sarawak belum mampu berkerajaan sendiri.  Kerajaan British belum bersedia memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak memandangkan ancaman komunis begitu hebat di Borneo. Dengan menganggotai Persekutuan Malaysia, Sabah dan Sarawak boleh bergantung kepada kekuatan Malaysia sebagai negara Merdeka. Sebagai kesimpulannya, penyertaan dalam Persekutuan Malaysia banyak memberikan keuntungan kepada Sabah dan Sarawak kerana Wujudnya kestabilan politik di negeri Sabah dan Sarawak. Negeri-negeri tersebut boleh menjalankan pentadbiran mengikut acuan sendiri selaras dengan pentadbiran Persekutuan Malaysia.


(b)    Nyatakan faedah dari segi ekonomi hasil pembentukan Malaysia.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 140)

Pembentukan Malaysia MENYEBABKAN .....
·         Wujudkan kawasan pasaran yang lebih luas.
·         Menggalakkan pelaburan untuk memanfaatkan sumber yang ada di Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Brunei.
·         Menggalakkan perkembangan industri pertanian dengan penggunaan teknologi moden dalam skala yang lebih besar.
·         Mewujudkan kerjasama serantau dalam ekonomi bagi memajukan negeri-negeri anggota yang belum membangun
·         Sumber yang ada di negeri-negeri anggota dapat dimanfaatkan sepenuhnya.


(c)     Sejauhmanakah pembentukan Malaysia memperlihatkan kesepakatan antara   Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak dan Sabah ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

·                         Penubuhan Malaysia dapat mewujudkan pasaran yang luas. Sebagai contohnya, kerjasama dapat menggalakkan pelaburan dan meningkatkan perkembangan industri pertanian serta dapat memanfaatkan sumber-sumber yang ada di negeri itu. Hal ini menyebabkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak dan Sabah dapat memajukan negeri masing-masing. Sebagai kesimpulannya, kesepakatan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak dan Sabah memberikan manfaat yang besar kerana ekonomi di negeri-negeri tersebut dapat berkembang dengan pesat. Perkembangan ekonomi dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.

No comments:

Post a Comment