Friday 30 May 2014

RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN TAHAP PERTAMA DAN KEDUA



TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014
TEMA 11 (Bab 8 Tingkatan 5)


RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN

SKOP KAJIAN

·         Matlamat Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama
·         Strategi kea rah mencapai matlamat Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama
·         Agensi kerajaan yang terlibat dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama
·         Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)
·         Langkah untuk menjayakan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)
·         Kejayaan Dasar Ekonomi Baru


SOALAN STRUKTUR (Model 1)

Jadual di bawah berkaitan dengan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama (1956 – 1970) di negara kita.

Tempoh
Rancangan Pembangunan
1956 – 1960
Rancangan Malaya Pertama
1961 – 1965
Rancangan Malaya Kedua
1966 – 1970
Rancangan Malaysia Pertama


(a)    Apakah matlamat Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) ?
[2 markah]

(b)    Nyatakan strategi yang dilaksanakan ke arah mencapai matlamat rancangan pembangunan tersebut.
[2 markah]

 (c)   Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah pencapaian Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) kurang memberangsangkan ?
 [2 markah]

(d)    Apakah peranan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan FELDA) dalam menjayakan matlamat Rancangan Malaya Kedua 1961 – 1965) ?
[2 markah]

(e)    Langkah kerajaan menubuhkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membangunkan masyarakat melalui Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970) adalah suatu tindakan yang bijak.
Kemukakan alasan anda.
 [2 markah]


JAWAPAN STRUKTUR (Model 1)

(a)    Apakah matlamat Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) ?

·         Membangunkan kawasan luar bandar
·         Merapatkan jurang pendapatan penduduk luar bandar dengan di bandar
·         Mengurangkan kemiskinan penduduk luar bandar.
·         Mempelbagaikan aktiviti ekonomi negara
·         Mempelbagaikan sumber pendapatan negara
·         Mengurangkan pergantungan kepada bijih timah dan getah
 [2 markah]

(b)    Nyatakan strategi yang dilaksanakan ke arah mencapai atlamat rancangan pembangunan tersebut.

·         Membuka tanah baru untuk pertanian
·         Menanam semula getah
·         Mempelbagaikan hasil keluaran pertanian
·         Memperluaskan perusahaan perlombongan bijih timah
·         Menyediakan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perhubungan
·         Membina infrastruktur
 [2 markah]

(c)    Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah pencapaian Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) kurang memberangsangkan ?

·         Ancaman komunis semasa Darurat
·         Sejumlah pendapatan negara dialih kepada keselamatan negara
·         Kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di pasaran dunia
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


(d)    Apakah peranan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam menjayakan matlamat Rancangan Malaya Kedua (1961 – 1965) ?

·         Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
·         Meningkatkan hasil pertanian negara
·         Membuka tanah baru secara besar-besaran untuk pertanian
·         Membuka tanah baru untuk petempatan
·         Menyediakan kemudahan asas di kawasan tanah baru dibuka
·         Memindahkan penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan petempatan baru
·         Menjadikan penduduk luar bandar yang miskin sebagai petani moden
·         Memberi tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa sawit di kawasan tanah baru dibuka
[2 markah]


(e)    Langkah kerajaan menubuhkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membangunkan masyarakat melalui Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970) adalah suatu tindakan yang bijak. Kemukakan alasan anda.

·         Dapat membangunkan masyarakat luar bandar
·         Dapat memberikan pinjaman modal kepada pengusaha pertanian
·         Dapat membantu petani memasarkan hasil pertanian
·         Menggalakkan orang Melayu dalam bidang perniagaan
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]


SOALAN STRUKTUR (Model 2)

Jadual di bawah berkaitan dengan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua (1971 – 1990) di negara kita.

Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975)

DASAR EKONOMI BARU           (DEB)
Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980)
Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985)
Rancangan Malaysia Kelima (1985 – 1990)

(a)    Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) ?
 [2 markah]

(b)    Nyatakan dua langkah yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
[2 markah]

 (c)   Berikan dua agensi yang terlibat dalam menjayakan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
[2 markah]

(d)    Jelaskan peranan agensi yang disebut di atas.
 [2 markah]

(e)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terhadap kemajuan masyarakat di negara kita ?
 [2 markah]


JAWAPAN STRUKTUR (Model 2)

(a)    Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) ?

·         Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
·         Merapatkan jurang ekonomi antara kaum.
·         Merapatkan jurang ekonomi antara wilayah.
·         Menyusun semula masyarakat.
·         Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.
·         Memajukan ekonomi masyarakat luar bandar.
 [2 markah]

(b)    Nyatakan dua langkah yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

·         Membuka tanah rancangan secara besar-besaran
·         Memberi tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa sawit
·         Meningkatkan kemudahan dan infrastruktur di kawasan luar bandar
·         Menggalakkan masyarakat luar bandar menceburi bidang perniagaan
·         Memberikan bantuan modal dan teknikal kepada bumiputera
·         Melancarkan Skim Amanah saham Nasional
 [2 markah]


(c)    Berikan dua agensi yang terlibat dalam menjayakan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

·         Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
·         Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)
·         Majlis Amanah Rakyat (MARA)
·         Bank Bumiputera
·         Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
·         Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
·         Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
[2 markah]


 (d)   Jelaskan peranan agensi yang disebut di atas.

·         Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Memainkan peranan dalam pembukaan tanah.
·         Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)
Membangunkan ekonomi luar bandar.
·         Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Membangunkan masyarakat luar bandar.
·         Bank Bumiputera
        Menggalakkan bumiputera dalam perdagangan.
·         Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
        Menggiatkan penyertaan bumiputera dalam perusahaan.
·         Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
        Menjalankan penyelidikan meningkatkan hasil pertanian.
·         Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
        Menggalakkan kemunculan industri baru.
 [2 markah]


(e)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terhadap kemajuan masyarakat di negara kita ?

·         Berjaya merapatkan jurang antara kaum dan wilayah
·         Kadar kemiskinan dalam KDNK menurun
·         Pendapatan perkapita kaum bumiputera meningkat
·         Hak milik modal saham kaum bumiputera meningkat
·         Manfaat dinikmati oleh semua kaum
·         Hal milik modal saham orang asing berjaya dikurangkan.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]



SOALAN ESEI

Jadual di bawah berkaitan dengan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua (1971 – 1990) di negara kita.


1971 – 1990
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Matlamat
·       Menyusun semula masyarakat
·       Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

(a)    Terangkan program yang dilaksanakan melalui pelan Rancangan Lima Tahun untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
[6 markah]


(b)    Jelaskan peranan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk memajukan masyarakat luar bandar.
[6 markah]


(c)    (i)   Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan pencapaian yang diperoleh melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
[4 markah]


         (ii)  Kemukakan bukti yang menunjukkan bahawa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya meningkatkan kemajuan masyarakat luar bandar di negara kita.
[4 markah]



JAWAPAN ESEI

(a)    Terangkan program yang dilaksanakan melalui pelan Rancangan Lima Tahun untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

        Di Bawah RMK 2 dan RMK 3
·         Melaksanakan pembukaan tanah secara besar-besaran
        oleh KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR.
        Menumpukan kepada penanaman getah dan kelapa sawit.
·         Memperluaskan peranan agensi pembangunan wilayah
Memberi tumpuan dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baru.

        Di Bawah RMK 4
·         Menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
        Mengenalpasti dan membuka perusahaan baru.
        Menguruskan projek industri berat dengan cekap.
·         Menggalakkan pelaburan modal asing
Membuka perusahaan baru seperti di Skudai (Johor), di Senawang (Negeri Sembilan), di Bintulu (Sarawak) serta di Manggatal dan Likas (Sabah)
·         Memperkenalkan zon perdagangan bebas
        Contohnya di Bayan Lepas (pulau Pinang) dan di Sungai Way Selangor).
·         Melancarkan program Kajian Dasar Perindustrian Negara
                Mengenalpasti kelemahan dalam struktur perindustrian negara.
·         Melancarkan Pelan Induk Perindustrian
                Menyediakan hala tuju perindustrian negara.

        Di Bawah RMK 5
·         Meningkatkan sektor perindustrian
                Melonggarkan peraturan syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta.
·         Meningkatkan pelaburan dalam sektor perindustrian berorientasikan eksport
        Melonggarkan syarat pelaburan asing.
·         Meningkatkan kecekapan sektor kerajaan
        agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta.
·         Meneruskan pembangunan kawasan luar bandar
Menitikberatkan penggunaan tanah secara cekap.
·         Menggalakkan industri desa seperti industri kraftangan.
·         Memperluaskan kemudahan kredit dan insentif
Pinjaman melalui Bank Pertanian Malaysia dan  Amanah Ikhtiar Malaysia.
·         Menjadikan pelancongan sebagai perusahaan penting
Melancarkan Tahun Melawat Malaysia 1990.
·         Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan
                Meningkatkan kecekapan guna tenaga bagi meningkatkan produktiviti negara.
 [6 markah]


(b)    Jelaskan peranan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk memajukan masyarakat luar bandar.

·         Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Memainkan peranan dalam pembukaan tanah.
·         Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)
Membangunkan ekonomi luar bandar.
·         Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Membangunkan masyarakat luar bandar.
·         Bank Bumiputera
        Menggalakkan bumiputera dalam perdagangan.
·         Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
        Menggiatkan penyertaan bumiputera dalam               perusahaan.
·         Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
        Menjalankan penyelidikan meningkatkan hasil pertanian.
·         Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
        Menggalakkan kemunculan industri baru.
 [6 markah]


(c)    (i)   Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan pencapaian yang diperoleh melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

·         Berjaya merapatkan jurang antara kaum dan wilayah
·         Kadar kemiskinan dalam KDNK menurun
·         Pendapatan perkapita kaum bumiputera meningkat
·         Hak milik modal saham kaum bumiputera meningkat
·         Manfaat dinikmati oleh semua kaum
·         Hal milik modal saham orang asing berjaya dikurangkan.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]


         (ii)  Kemukakan bukti yang menunjukkan bahawa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya meningkatkan kemajuan masyarakat luar bandar di negara kita.

·         Kadar kemiskinan masyarakat luar bandar berjaya dikurangkan
·         Taraf hidup masyarakat luar bandar berjaya ditingkatkan
·         Pendapatan perkapita kaum bumiputera berjaya ditingkatkan
·         Hak milik modal saham kaum bumiputera meningkat
·         Masyarakat luar bandar menikmati kemudahan pendidikan
·         Kaum Bumiputera dapat melibatkan diri dalam perdagangan
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]

Jangan bimbang ..... abezek sudah tau!
Pernahkah anda mendengar berita orang yang suka memberi sedekah menjadi miskin dan papa?
Mengikut riwayat, Abdul Rahman bin Auf r.a. menjihadkan semua barang dagangannya yang baru tiba dari Habsyah untuk Perang Tabuk. Beliau tidak jatuh miskin, malah tetap menjadi hartawan yang paling kaya di kota Madinah.
Iktibar : JANGANLAH TAKUT UNTUK BERSEDEKAH .....