Tuesday 8 November 2011

MODEL SOALAN TAJUK HANGAT SENGOTI

TAJUK HANGAT SENGOTI
SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011

Tajuk HANGAT SENGOTI ni demo kena pulun habih.... kalu dak demo akan nyesal.

BAHAGIAN A
Soalan 1 – Tamadun Indus
Soalan 2 – Pengaruh Islam Terhadap Pendidikan Formal
Soalan 3 – Birokrasi Barat di Asia Tenggara / Nasionalisme di Asia Tenggara
Soalan 4 – Langkah Pembentukan Malaysia

BAHAGIAN B
Soalan 5 – Kerajaan Bani Umaiyah
Soalan 6 – Penggunaan Buruh Luar
Soalan 7 – Malayan Union
Soalan 8 – Lambang Negara
Soalan 9 – Perang Dunia Pertama / Blok Dunia & Perang Dingin

Jangan bimbang... Abezek sudah tau ...


HANGAT SENGOTI - TAMADUN INDUS
Soalan STRUKTUR

(a) Namakan dua bandar terancang tersebut.

  • Mahenjo Daro
  • Harappa
[2 markah]

(b) Apakah ciri bandar terancang yang disebutkan di atas.

  • Mempunyai dua bahagian
  • Mempunyai pusat pentadbiran
  • Mempunyai pusat petempatan
  • Mempunyai sistem kumbahan
  • Mempunyai tembok
  • Mempunyai jalan raya
  • Mempunyai susunan teratur
  • Disusun secara blok
[2 markah]

(c) Mengapakah masyarakat di lembah Indus mampu membina bandar terancang ?

  • Menguasai ilmu matematik
  • Menguasai ilmu geometri
  • Menguasai ilmu seni bina
  • Memiliki kemahiran membuat batu-bata
  • Memiliki kemahiran dalam pembinaan
  • Memiliki kemahiran menyusun atur
  • Meniru teknologi tamadun lain
  • Meniru unsur seni bina tamadun lain
  • Meniru budaya kerja tamadun lain
[2 markah]

(d) Nyatakan dua fungsi bandar terancang dalam masyarakat tamadun Indus.

  • Pusat pentadbiran
  • Pusat petempatan
  • Pusat perdagangan
  • Pusat kegiatan sosial
  • Pusat pengumpul hasil pertanian
  • Pusat ibadat
  • Tempat tinggal pemerintah
  • Pelabuhan
[2 markah]

(e) Apakah nilai yang boleh anda contohi daripada kejayaan masyarakat di lembah Indus membina bandar terancang ?

  • Menguasai ilmu
  • Menguasai kemahiran
  • Bersikap terbuka
  • Mengambil unsur baik tamadun lain
  • Bersungguh-sungguh
  • Kreatif dan inovatif
  • Mana-mana munasabah
[2 markah]


HANGAT SENGOTI – PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
Soalan STRUKTUR

(a) Apakah maksud pendidikan formal ?

  • Diperolehi secara lansung
  • Diajar oleh guru
  • Diperolehi di institusi pendidikan
 [2 markah]
     

(b) Nyatakan perubahan yang dibawa oleh Islam dalam pendidikan formal masyarakat Melayu tradisional.

  • Belajar tentang agama Islam
  • Diajar oleh ulama
  • Mendapat pendidikan di istana, masjid, pondok, madrasah dan rumah tok guru
  • Terbuka kepada semua lapisan masyarakat
  • Dibuka kepada lelaki dan perempuan
  • Menuntut ilmu adalah satu kewajipan
 [2 markah]


(c) Namakan dua buah pondok yang ditubuhkan di Tanah Melayu.
  • Pondok Kutan
  • Pondok Pulai Chondong
  • Pondok Pulau Manis
  • Pondok Langga
  • Pondok Titi Gajah
 [2 markah]


(d) Nyatakan ciri sistem pondok.

·         Menekankan ilmu agama
·         Bertujuan melahirkan guru agama
·         Bertujuan menyediakan individu yang boleh berkhidmat kepada masyarakat

·         Tiada batasan waktu belajar

  • Tiada had umur
  • Mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian
 [2 markah]


(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem madrasah lebih tersusun berbanding sistem pondok ?

  • Menggunakan sukatan pelajaran
  • Dijalankan secara kelas
  • Dilaksanakan mengikut tahap (permulaan, pertengahan dan pengkhususan)
  • Diawasi oleh mudir (guru besar)
  • Diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya.
 [2 markah]

HANGAT SENGOTI – KERAJAAN BANI UMAIYAH
Soalan ESEI

(a) Terangkan pembaharuan yang diperkenalkan oleh pemerintah kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran.

WAKTU HIJABAH

  • Wa       Memperkenalkan sistem wazarah
                  (Wazir & Gabenor)
  • K          Memperkenalkan sistem khalifah
                  (secara warisan)
  • T          Memperkemaskan sistem tentera
                  (Diwanul Jundi, tentera laut & tentera darat)
  • U          Memperkenalkan sistem urusetia
                  (lantik pegawai)
  • Hi         Memperkenalkan sistem hijabah
                  (kawal keselamatan khalifah)
  • Ja        Menubuhkan jabatan
                  (Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat,                                                Jabatan Cop Mohor Pemerintah)
  • Ba        Menubuhkan bahagian
                  (Bahagian Surat Menyurat, Bahagian Cukai,                                             Bahagian Tentera, Bahagian Polis,                                                       Bahagian Kehakiman)
  • H          Memperkemaskan kehakiman
                  (Menggunakan ijtihad berpandukan al-Quran,                                           sunnah dan ijmak, hakim mesti adil,                                                       hakim mesti bebas)
 [8 markah]

(b) Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ekonomi dan sosial.

Ekonomi
  • Menubuhkan Baitulmal.
  • Mewujudkan sistem kewangan Islam
       kharaj, jizyah, zakat, usyur ,  ghanimah
  • Menguasai perdagangan antarabangsa
  • Cordova menjadi pelabuhan entreport
  • Berkembangnya perusahaan tembikar, perhiasan, kulit dan membuat senjata.
  • Kemajuan dalam sektor pertanian.
  • Membina sistem saliran
  • Menjalankan penyelidikan benih

Sosial
  • Menubuhkan hospital
  • Menubuhkan hospital kusta
  • Meningkatkan seni bina Islam
  • Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi
  • Memperkenal baris dlm tulisan al-Quran
  • Berkembangnya cabang ilmu Islam
  • Berkembangnya ilmu kimia & astronomi
  • Lahirnya ilmuan Islam
  • Menubuhkan pusat pengajian tinggi
  • Membina perpustakaan
  • Cordova menjadi pusat keilmuan
  • Cordova menjadi pusat penterjemahan
  • Menterjemahkan karya Yunani
  • Memelihara ilmu Eropah drp lenyap
 [8 markah]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah pemimpin negara memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi ?

  • Memajukan negara
  • Meningkatkan taraf hidup rakyat
  • Membuka peluang pekerjaan kepada rakyat
  • Menguasai perdagangan antarabangsa
  • Membuka peluang pelaburan
  • Meneroka bidang ekonomi baru
  • Meningkatkan daya kreativiti masyarakat
  • Meningkatkan daya saing rakyat dalam bidang ekonomi
  • Mengurangkan penggantungan rakyat kepada kerajaan
  • Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]

HANGAT SENGOTI – PENGGUNAAN BURUH LUAR
Soalan ESEI

(a) Apakah faktor yang mendorong kemasukan buruh Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 ?

  • Kesulitan hidup di negara asal
  • Kepesatan sektor pertanian komersil dan perlombongan.
  • Banyak peluang pekerjaan
  • Keperluan tenaga buruh di TM
  • Galakan pihak British
  • Tidak ditentang oleh orang Melayu.
  • Wujudnya hubungan tradisi antara India dan China dengan Tanah Melayu
  • Kestabilan politik di Tanah Melayu
 [6 markah]
(b) Terangkan cara kemasukan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu.

Sistem Tiket Kredit
  • Sin Kheh dikumpul oleh Kheh Tau
  • Kheh Tau serah kpd nakhoda kapal
  • Sin Kheh buat perjanjian dgn nakhoda
  • Sin Kheh dibekalkan tiket
  • Nakhoda serah buruh kepada pemborong buruh di Tanah Melayu
  • Pemborong buruh carikan majikan

Sistem Pengambilan Kakitangan
  • Majikan hantar pegawainya ke China
  • Pegawai cari buruh
  • Tambang dibiayai majikan
  • Pegawai iring buruh ke Tanah Melayu
  • Buruh buat perjanjian dengan majikan
  • Buruh bekerja hingga hutangnya jelas

Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
  • Rumah kongsi lantik wakilnya di China
  • Wakil rumah kongsi cari buruh
  • Wakil rumah kongsi biayai tambang
  • Wakil rumah kongsi iring buruh ke TM
  • Wakil serah buruh kpd rumah kongsi
  • Rumah kongsi carikan kerja

Sistem Bebas
  • Datang sendiri
  • Menggunakan biaya sendiri
  • Bebas memilih kerja

Sistem Kontrak
  • Dibawa oleh majikan
  • Biaya ditanggung oleh majikan
  • Perbelanjaan dikira hutang
  • Buruh diikat dengan kontrak
  • Terpaksa bekerja dengan majikan
  • Dibayar gaji murah
  • Bekerja hingga jelas hutang

Sistem Kangani
  • Majikan beri lesen kpd kangani
  • Kangani pulang ke India cari buruh
  • Perbelanjaan ditanggung oleh kangani
  • Kangani iring buruh ke Tanah Melayu
  • Buruh diserah kepada majikan
  • Kangani dibayar komisyen
 [10 markah]
(c) Kemukakan cadangan anda, apakah langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara kita ?

  • Adakan kawalan di sempadan
  • Bayaran levi yang tinggi
  • Tidak mengeluarkan permit kerja
  • Denda jika majikan guna buruh asing tanpa permit
  • Hantar pulang buruh asing
  • Guna khidmat buruh tempatan
  • Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]


HANGAT SENGOTI – MALAYAN UNION
Soalan ESEI

(a) Terangkan sebab orang Melayu menentang gagasan Malayan Union.     

·         Harold MacMichael mengugut raja
·         Raja dipaksa menerima Malayan Union
·         Raja tidak berpeluang berunding
·         Masa tidak sesuai adakan perubahan
·         Kuasa raja Melayu terhakis
·         Tanah Melayu menjadi tanah jajahan
·         Menentang kerakyatan jus soli
·         Status quo orang Melayu akan hilang
·         Orang Melayu akan mundur
 [8 markah]


(b) Jelaskan tindakan yang dilakukan oleh orang Melayu membantah Malayan Union.

·         Menulis bantahan dalam akhbar
·         Adakan demonstrasi secara aman
·         Berkumpul bersama raja di Kuala Kangsar menyatakan bantahan
·         Menghidupkan semula pertubuhan Melayu
·         Menubuhkan UMO (United Malays Organization)
·         Mengadakan Kongres Melayu Pertama
·         Menubuhkan UMNO
·         Mengadakan Kongres Kedua
·         Mengadakan rapat umum
·         Minta sokongan pegawai British
 [6 markah]


(c) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faktor yang menyebabkan orang Melayu berjaya membatalkan gagasan Malayan Union ?

  • Perpaduan orang Melayu
  • Pemimpin berwibawa
  • Bangkit bersama di seluruh negara
  • Ketegasan orang Melayu
  • Sokongan raja Melayu
  • Sokongan bekas pegawai British
  • Kaedah secara rundingan
  • Mana-mana jawapan munasabah
            [6 markah]

HANGAT SENGOTI – LAMBANG NEGARA
Soalan ESEI

(a) Jelaskan sejarah penciptaan lagu Negaraku.

  • Dicipta pada tahun 1957
  • Dicipta untuk menggantikan lagu “God Save The Queen”
  • Dipilih daripada empat buah lagu
  • Pemilihan diadakan di Depoh Polis, KL
  • Diperdengarkan oleh Pancaragam polis
  • Lagu Terang Bulan dipilih
  • Diperkenankan oleh Jemaah Raja-Raja
  • Lirik lagu Negaraku digubah oleh Encik Saiful Bahri
            [6 markah]

(b) Terangkan mesej yang terdapat dalam lirik lagu Negaraku.

  • Malaysia adalah negara kita
  • Malaysia tempat kelahiran warganya
  • Malaysia tempat tinggal rakyatnya
  • Rakyat Malaysia hidup bersatu padu
  • Rakyat mestilah bersatu padu
  • Perpaduan hendaklah diutamakan
  • Perpaduan boleh memajukan negara
  • Kita hendaklah bersama-sama memajukan negara
  • Negara Malaysia sentiasa makmur
  • Kemakmuran negara anugerah Tuhan
  • Kita hendaklah bersyukur dengan kemakmuran negara
  • Kita hendaklah menjunjung kedaulatan Raja Melayu
  • Tumpahkan kesetiaan kepada negara
  • Mempertahankan kedaulatan negara
            [8 markah]

(c) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang boleh diambil untuk mencegah gejala menghina lagu Negaraku dalam kalangan masyarakat di negara kita ?

  • Memberi nasihat
  • Mengadakan sesi kaunseling
  • Beri tunjuk sebab
  • Tindakan saman
  • Denda yang tinggi
  • Penjara mandatori
  • Menjalankan khidmat sosial
  • Amaran dilucutkan kerakyatan
  • Buang daerah
            [6 markah]


TAJUK PANAS
SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011

Tajuk PANAS pun jangan pulak demo abai. Antara tajuk Birokrasi Barat di Asia Tenggara dengan tajuk Nasionalisme di Asia Tenggara, kawe rasa akan naik mana-mana satu – untuk Soalan 3. Antara tajuk Perang Dunia Pertama dengan tajuk Blok Dunia & Perang Dingin, kawe rasa akan naik mana-mana satu – untuk Soalan 9. Tajuk Langkah Pembentukan Malaysia, kawe rasa ada harapan besar.
Jangan bimbang ... Abezek sudah tau ...


PANAS – BIROKRASI BARAT DI ASIA TENGGARA
Soalan STRUKTUR

(a) Apakah ciri pemerintahan tradisional di IndoChina sebelum penjajahan Perancis di negara tersebut ?

·         Mengamalkan pemerintahan beraja
·         Raja mengetuai kerajaan
·         Raja berkuasa mutlak
·         Raja menjadi ketua pentadbiran, ketua agama, ketua hakim dsb.
·         Raja dibantu pembesar pusat
·         Pembesar tempatan diberi kuasa mentadbir daerah
·         Meniru pentadbiran Tanah Besar China
·         Pegawai terdiri drp golongan Mandarin
  • Pegawai dipilih melalui peperiksaan
            [2 markah]

(b) Bagaimanakah pentadbiran Union Indochinoise dilaksanakan semasa penjajahan Perancis di IndoChina ?

·         Menubuhkan kerajaan pusat (Union Indochinoise)
·         Menggabungkan Vietnam, Laos dan Kemboja di bawah satu pentadbiran
·         Melantik Gabenor Jeneral mengetuai pentadbiran pusat
·         Gabenor Jeneral dibantu oleh Leftenan Gabenor, Residen Jeneral dan Residen Wilayah.
·         Menubuhkan biro (jabatan)
·         Melantik orang Perancis mengetuai biro
·         Menggunakan undang-undang Perancis
·         Undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis.
            [2 markah]

(c) Semasa menjajah Filipina, Sepanyol telah memperkenalkan sistem encomienda. Apakah maksud sistem tersebut ?

  • Pentadbiran di peringkat tempatan
  • Menggabungkan barangay menjadi sebuah encomienda
  • Encomienda diketuai oleh encomiendero
            [2 markah]

(d) Nyatakan tugas encomiendero.

  • Memungut cukai
  • Menjaga keamanan encomienda
  • Mengkristiankan penduduk
            [2 markah]

(e) Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah sistem encomienda dibenci oleh penduduk tempatan ?

  • Penduduk dijadikan buruh paksa
  • Penduduk dijadikan tentera kerahan
  • Penduduk dikenakan cukai tinggi
  • Penduduk dipaksa memeluk Kristian
  • Pembesar tempatan dilucutkan kuasa
  • Undang-undang Barat dikuatkuasakan
  • Hasil dibolot oleh penjajah
            [2 markah]

PANAS – NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Soalan STRUKTUR

 (a) Berikan dua matlamat perjuangan Jose Rizal dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina.

·         Menjadikan Filipina sebagai wilayah Sepanyol
·         Mendapatkan hak bangsa Filipina sama dengan bangsa Sepanyol
·         Mendesak Sepanyol membuat pembaharuan politik, ekonomi & sosial
            [2 markah]

(b) Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Andres Bonifacio dalam gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina.

·         Menubuhkan parti Katipunan
·         Menuntut kemerdekaan
·         Menerbitkan akhbar Kalayan
·         Menyebarkan fahaman revolusi
·         Melancarkan revolusi bersenjata
            [2 markah]

(c) Apakah faktor yang membangkitkan semangat nasionalisme di Thailand ?

·         Tidak suka akan pemerintahan raja berkuasa mutlak
·         Kerabat diraja membolot kuasa politik
·         Sikap raja yang boros.
·         Ekonomi Thai dikuasai kapitalis Barat
·         Ekonomi Thai dikuasai orang Cina
·         Penyebaran kebudayaan Cina
            [2 markah]

(d) Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Phibul Songram untuk menyekat pengaruh orang Cina di Thailand ?

·         Meluluskan undang-undang menyekat penguasaan orang Cina dalam ekonomi
·         Menamatkan penerbitan akhbar Cina
·         Membubarkan sekolah Cina
·         Menukarkan nama negara Siam kepada Thailand (Tanah Bebas)
·         Pegawai kerajaan mesti beragama Buddha
            [2 markah]


(e) Pada pendapat anda, mengapakah nasionalisme Thailand berbeza daripada nasionalisme di negara Asia Tenggara yang lain ?

·         Tidak menuntut kemerdekaan
·         Mengubah sistem beraja mutlak
·         Bukan antipenjajah
·         Tidak menggulingkan raja
·         Tidak merampas kuasa
·         Menyekat penguasaan golongan kapitalis dan Cina dalam ekonomi
·         Menyekat penyebaran kebudayaan Cina
·         Bertujuan mengekalkan kemerdekaan
            [2 markah]

PANAS – LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
Soalan STRUKTUR

 (a) Senaraikan tokoh yang menganggotai Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).

  • Donald Stephens -  Pengerusi
  • Tunku Abdul Rahman
  • Ong Yoke Lin
  • Khir Johari
  • Lee Kuan Yew
  • Tun Datu Mustapha Datu Harun
            [2 markah]

(b) Apakah peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) dalam menjayakan pembentukan Malaysia ?

  • Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia
  • Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
  • Meninjau pandangan penduduk tentang pembentukan Malaysia
  • Menilai pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia
  • Mengadakan mesyuarat tentang pembentukan Malaysia
  • Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
            [2 markah]

(c) Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Suruhanjaya Cobbold dalam merealisasikan pembentukan Malaysia.

  • Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
  • Menilai pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
  • Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah kpd pihak British.
  • Menerima memorandum oleh pelbagai pertubuhan.
  • Mengemukakan laporan memorandum kepada kerajaan British.
  • Mengemukakan cadangan perlembagaan baru bagi Malaysia
            [2 markah]

(d) Apakah laporan Suruhanjaya Cobbold berhubung pendirian rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia ?

  • Satu pertiga rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju tanpa syarat
  • Satu pertiga rakyat Sarawak dan Sabah tidak bersetuju
  • Satu pertiga rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan syarat
            [2 markah]

(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah faedah yang diperolehi Sarawak dan Sabah dengan menyertai persekutuan Malaysia ?

  • Mempercepatkan kemerdekaan negeri Sarawak dan Sabah
  • Mewujudkan kestabilan politik di Asia Tenggara
  • Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo
  • Mewujudkan pasaran yang lebih luas
  • Menggalakkan industri pertanian
  • Memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu
  • Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota
  • Memajukan pertanian
  • Memindahkan teknologi
  • Menambahkan kecekapan dalam pentadbiran negeri
            [2 markah]


PANAS – PERANG DUNIA PERTAMA
Soalan ESEI

 (a) Terangkan sebab yang mencetuskan Perang Dunia Pertama 1914 – 1918.

  • Kemunculan nasionalisme di Eropah
  • Negara-negara kecil bersatu membentuk negara bangsa besar
  • Persaingan mendapatkan tanah jajahan
  • Persaingan merebut peluang ekonomi
  • Imperialisme Baru –  mendapatkan bahan mentah dan pasaran
  • Pakatan negara-negara Eropah. – Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
  • Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand oleh pengganas Serbia
  • Austria mengisytiharkan perang terhadap Serbia
  • Jerman menyerang Perancis menimbulkan kemarahan Britain
  • Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman
  • Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat
            [8 markah]

(b) Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama.

  • Tamatnya sistem beraja di Eropah.
  • Termeterainya Perjanjian Versailles
  • Terbentuknya  negara baru.
  • Terbentuknya Liga Bangsa untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa.
  • Negara berperang menanggung hutang.
  • Masalah inflasi dan pengangguran.
  • Pasaran dunia dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun.
  • Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.
  • Kehilangan nyawa yang banyak.
  • Pencetus Perang Dunia Kedua.
            [8 markah]


(c) Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan berlakunya peperangan ?

  • Eratkan hubungan diplomatik
  • Jangan bentuk pakatan negara
  • Elakkan persaingan ideologi
  • Cegah perlumbaan senjata
  • Tingkatkan peranan PBB
  • Jangan campuri urusan politik negara lain
  • Jangan alihkan isu ekonomi negara melalui propoganda peperangan
  • Tingkatkan kemajuan ekonomi negara
            [4 markah]

PANAS – BLOK DUNIA DAN PERANG DINGIN
Soalan ESEI

 (a) Apakah faktor yang menyebabkan wujudnya blok dunia ?

  • Ideologi berbeza.
  • Persaingan blok kapitalis dengan blok komunis
  • Persaingan Amerika dengan Rusia.
  • Ingin membuktikan kekuatan
  • Mahu menyebarkan pengaruh di Eropah dan Asia.
  • Ingin memajukan kepentingan masing-masing
            [6 markah]


(b) Jelaskan perbezaan antara ideologi kapitalis dengan ideologi komunis.

  • Pemerintahan negara kapitalis secara demokratik.
  • Negara komunis secara diktator.
  • Pemilihan kerajaan blok kapitalis melalui pilihan raya.
  • Hanya Parti Komunis sahaja yang diiktiraf di negara blok komunis.
  • Blok kapitalis membuka peluang perniagaan kepada persendirian.
  • Orang persendirian boleh memiliki perniagaan.
  • Di Negara komunis, perniagaan dimiliki dan diurus oleh kerajaan
  • Negara blok kapitalis memberi kebebasan individu sepenuhnya.
  • Negara blok komunis mengawal kebebasan individu.
            [8 markah]


(c) Kewujudan blok dunia mencetuskan perang dingin. Pada pendapat anda, apakah kesan perang dingin terhadap negara membangun ?

  • Negara Dunia Ketiga menjadi rebutan Amerika Syarikat dan Soviet Union
  • Pembentukan blok kapitalis dan blok komunis.
  • Penubuhan pakatan NATO, WARSAW dan SEATO.
  • Berlakunya perlumbaan senjata.
  • Memberi peluang kepada negara baru membina identiti sendiri
  • Memberi peluang kepada negara baru menangani cabaran melalui hubungan antarabangsa dan serantau
            [6 markah]