Wednesday, 11 October 2017

TAJUK PANAS SEJARAH 2 SPM 2017


KESAN DASAR EKONOMI BRITISH (MASYARAKAT BERBILANG KAUM)

SKOP KAJIAN

·         Ciri Masyarakat Berbilang Kaum
·         Faktor Kewujudan Masyarakat Berbilang Kaum
·         Kesan Kewujudan Masyarakat Berbilang Kaum
·         Usaha Memupuk Perpaduan Kaum
·         Nilai dan Iktibar


CIRI MASYARAKAT BERBILANG KAUM
 
 (a)    Nyatakan ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu semasa penjajahan                 British
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 264)

·         Mengamalkan adat dan budaya yang berbeza.
·         Menggunakan bahasa pertuturan yang berbeza.
·         Petempatan berbeza mengikut kaum.
·         Jenis pekerjaan berbeza mengikut kaum.
·         Perpaduan kaum tidak wujud.
·         Tiada interaksi yang meluas antara kaum.
·         Jurang ekonomi antara kaum begitu luas.
·         Menggunakan pendidikan vernakular masing-masing.


FAKTOR KEWUJUDAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM
 
(a)    Apakah faktor yang menyumbang kepada kewujudan masyarakat berbilang kaum            di negara ini ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 264)

·         Kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara ini disebabkan oleh kemasukan imigran dari China dan India.
·         Kekayaan sumber alam, kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik telah menarik minat imigran dari China dan India datang ke Tanah Melayu semasa zaman penjajah.
·         Dasar British yang menggalakkan penghijrahan buruh asing untuk menampung keperluan sumber tenaga manusia di Tanah Melayu turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kedatangan imigran dari China dan India.



(b)     Apakah faktor yang menarik minat imigran di atas datang ke Tanah Melayu pada               zaman penjajahan British.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 264)

Faktor yang menarik minat imigran di atas datang ke Tanah Melayu pada zaman penjajahan British ialah .....
·         Kepesatan pertanian komersil dan perlombongan.
Pada masa itu berlakunya masalah kekurangan tenaga buruh tempatan. Pihak British membawa masuk buruh dari India untuk bekerja di ladang getah.  Buruh dari China dibawa masuk untuk bekerja di lombong bijih timah.
·         Kesulitan hidup di negara asal.
Pihak British menggalakkan buruh Cina dan India datang ke Tanah Melayu. Mereka meninggalkan negara masing-masing untuk mencari penghidupan baru.
·         Kemasukan imigran tidak ditentang orang Melayu
Wujudnya hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan negara India dan China. Buruh dari China datangnya dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. Buruh India datangnya dari wilayah selatan India seperti Kerala, Tamil Nadu dan Pondicherry.
·         Kestabilan politik di Tanah Melayu.
Tanah Melayu mengalami perkembangan pesat dalam bidang ekonomi. Pemodal Eropah dan China melabur modal dalam perusahaan getah dan bijih timah. Perkembangan tersebut membuka peluang pekerjaan yang banyak.


KESAN KEWUJUDAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM

(a)    Kewujudan masyarakat berbilang kaum telah menyebabkan wujudnya fenomena baru di Tanah Melayu semasa zaman penjajahan.
         Berikan penjelasan anda.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 264)

Kewujudan masyarakat berbilang kaum telah MENYEBABKAN .....
·         Wujudnya petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum.
Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar, imigran dari India tinggal di kawasan estet manakala imigran dari China tinggal di kawasan lombong dan di bandar.
·         Wujudnya jenis pekerjaan yang berbeza-beza mengikut kaum.
Orang Melayu bertani, buruh dari India bekerja sebagai penoreh getah, manakala buruh dari China berniaga dan bekerja di lombong.
·         Tidak terdapat kesepaduan dan interaksi antara kaum secara meluas semasa zaman penjajahan.
Perkara ini menyulitkan proses perpaduan kaum dalam usaha membentuk bangsa di Tanah Melayu selepas merdeka.



(b)     Fenomena yang berlaku di Tanah Melayu semasa zaman penjajahan ialah tidak                 ada kesepaduan dan interaksi yang meluas dalam kalangan masyarakat yang                 berbilang kaum.
          Berikan ulasan anda.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

·       Fenomena yang berlaku di Tanah Melayu semasa zaman penjajahan ialah tidak ada kesepaduan dan interaksi yang meluas dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
·         Setiap kaum menjalankan kegiatan ekonomi yang berbeza. Contohnya, kaum Melayu menjalankan kegiatan ekonomi sara diri, kaum Cina bekerja di lombong atau menceburi perniagaan manakala kaum India bekerja di ladang getah dan menjadi buruh kerja raya. Hal ini menyebabkan mereka tinggal di kawasan petempatan yang berbeza.  Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar, orang Cina tinggal di bandar utama manakala orang India tinggal di pinggir bandar dan di kawasana estet. Kegiataan ekonomi yang berbeza mengakibatkan kesan negatif kerana tidak berlaku interaksi antara kaum. Hubungan mereka tidak begitu mesra.


USAHA MEMUPUK PERPADUAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM

(a)    Kerajaan negara kita bertungkus lumus berusaha menghapuskan perbezaan kaum         mengikut fungsi ekonomi serta membina kesepaduan kaum demi mewujudkan      perpaduan nasional. Terangkan usaha tersebut.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

·         Untuk menghapuskan perbezaan kaum mengikut fungsi ekonomi, kerajaan telah menjayakan dasar-dasar ekonomi kerajaan.
Kerajaan telah meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.
        Hal ini menyebabkan jurang ekonomi antara kaum semakin berkurangan.
·         Kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Kerajaan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. dan kerajaan menyusun semula masyarakat agar pengenalan kaum tidak lagi berasaskan fungsi ekonomi.
        Kerajaan membuat pembahagian peluang ekonomi secara adil mengikut kaum.
·         Untuk membina kesepaduan kaum, kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara.
        Penghayatan rakyat terhadap prinsip Rukun Negara dapat mewujudkan              keharmonian kaum.
·         Kerajaan mewajibkan penggunaan Bahasa Kebangsaan.
Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan.
Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa rasmi negara.
Semua kaum menggunakan  bahasa kebangsaan untuk berinteraksi.


NILAI DAN IKTIBAR

(a)     Mengapakah perpaduan sangat penting dalam negara yang mempunyai               kemajmukan rakyat ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

·         Perpaduan dapat mewujudkan kestabilan politik dalam negara kita. Contohnya, wujud saling menghormati antara kaum, saling membantu dalam urusan ekonomi, berkongsi kuasa dalam menjalankan pemerintahan negara dan sebagainya. Hal ini menyebabkan wujudnya interaksi yang lebih mesra antara kaum.  Kestabilan politik amat penting dalam sesebuah negara kerana negara akan menjadi aman. Keamanan negara membolehkan ekonomi berkembang dengan pesat. Negara akan menjadi maju.


(b)     Kemajmukan rakyat yang diuruskan dengan betul boleh membawa kegemilangan            kepada sesebuah negara.
          Apakah komen anda ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

·       Kemajmukan rakyat yang diuruskan dengan betul boleh membawa kegemilangan kepada sesebuah negara. Ini adalah kerana perpaduan boleh mewujudkan kestabilan politik dalam negara. Contohnya, wujud saling menghormati antara kaum, saling membantu dalam urusan ekonomi, berkongsi kuasa dalam menjalankan pemerintahan negara dan sebagainya. Hal ini menyebabkan wujudnya interaksi yang lebih mesra antara kaum.  Kestabilan politik amat penting dalam sesebuah negara kerana negara akan menjadi aman. Keamanan negara membolehkan ekonomi berkembang dengan pesat. Negara akan menjadi maju.


TAJUK PANAS SEJARAH 2 SPM 2017


PERUSAHAAN GETAH


SKOP KAJIAN

·         Sejarah perusahaan getah
·         Sumbangan H.N. Ridley
·         Faktor perkembangan perusahaan getah
·         Usaha menyekat penglibatan orang Melayu
·         Nilai dan Iktibar


SEJARAH PERUSAHAAN GETAH


(a)    Senaraikan tanaman komersil yang diusahakan di Tanah Melayu sebelum pihak                 British memperkenalkan tanaman getah.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 247)

·         Ubi kayu
·         Tebu
·         Lada hitam
·         Gambir
·         Tembakau
·         Kopi


(b)    Jelaskan sejarah perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 247 - 248)

·         Tanaman getah mula diperkenalkan sebagai tanaman komersil di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
·         Pada awalnya, getah dijadikan tanaman hiasan di kediaman Residen Hugh Low di Kuala Kangsar, Perak.
·         H.N. Ridley telah mengembangkan perusahaan getah apabila beliau menjadi Pengarah Botanical Garden Singapura.
·         Beliau meyakinkan peladang agar menanam getah.
·         Beliau mengadakan pameran dan mengagihkan benih getah percuma.
·         Beliau berjaya menemui teknik torehan secara ibidem (bentuk tulang ikan hering).
·         Perkembangan industri pembuatan telah meningkatkan permintaan terhadap getah.
·         Harga getah melambung dan menjadi perusahaan penting di Tanah Melayu.
·         Syarikat Eropah menubuhkan syarikat perwakilan mereka di Tanah Melayu dan melabur modal dalam perusahaan getah.


SUMBANGAN H.N.RIDLEY

(a)    Apakah peranan H.N.Ridley dalam mengembangkan perusahaan getah di Tanah                Melayu ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 248)

H.N. Ridley MEMAINKAN PERANAN .....
·         Meyakinkan para peladang supaya menanam getah.
·         Mengadakan pameran getah untuk menarik minat petani menanam getah.
·         Mengagihkan benih getah kepada peladang secara percuma.
·         Mencipta teknik torehan secara ibidem yang tidak merosakkan pokok getah.



FAKTOR PERKEMBANGAN PERUSAHAAN GETAH

(a)    Terangkan faktor perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu      pada awal             abad ke-20.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 248 - 249)

Perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu DISEBABKAN .....
·         Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah.
        Getah mendapat permintaan yang tinggi kerana digunakan dalam pelbagai industri        terutamanya industri kereta.
·         Peranan H.N.Ridley.
        H.N.Ridley mengadakan pameran untuk meyakinkan peladang menanam getah.
        Beliau mengagihkan benih getah secara percuma.
        Beliau berjaya menemui teknik torehan ibidem (tulang ikan kering).
·         Perkembangan industri barangan pengguna.
        Contohnya kasut, tayar basikal dan peralatan letrik.
        Ini menyebabkan harga getah melambung tinggi.
·         Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah.
Syarikat  Eropah menubuhkan syarikat perwakilannya di Tanah Melayu.
        Syarikat ini membuka ladang getah di Tanah Melayu.
        Contoh Harrisons and Crossfield, Boustead, Guthrie dan Sime Darby.
·         Sokongan pihak British kepada pemodal asing.
        Pihak British mengenakan sewa tanah yang rendah.
        Mereka juga mengenakan tarif yang rendah.
        Syarikat perusahaan getah diberikan dividen yang tinggi
        Syarikat itu juga diberi pengecualian cukai eksport 50 tahun.
·         Perkembangan dalam bidang infrastruktur.
Jalan kereta api dibina menghubungkan ladang dengan pelabuhan.
·         British membawa masuk buruh dari India.
        Diambil bekerja di ladang getah dengan gaji yang murah.


(b)    Apakah langkah yang dilakukan oleh pihak British menggalakkan pemodal asing               membuka ladang getah di Tanah Melayu ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 248 - 249)

·         H. N. Ridley telah berusaha meyakinkan peladang bahawa tanaman getah mempunyai potensi yang baik dan menguntungkan.
·         H. N. Ridley telah mengadakan pameran getah dan mengagihkan benih getah secara percuma.
·         H. N. Ridley telah memperkenalkan teknik torehan ibidem (tulang ikan hering) yang tidak merosakkan pokok getah.
·         Pihak British telah mengenakan sewa tanah yang rendah kepada pelabur yang membuka ladang getah.
·         Pihak British telah mengenakan tarif yang rendah kepada syarikat yang melabur dalam perusahaan getah.
·         Pihak British telah memberi dividen yang tinggi kepada pelabur.
·         Pihak British telah memberi pengecualian cukai eksport.
·         Pihak British telah membina jalan kereta api menghubungkan ladang getah dengan pelabuhan.
·         Pihak British telah membawa masuk buruh dari India untuk bekerja di ladang getah.


USAHA MENYEKAT PENGLIBATAN ORANG MELAYU
DALAM PERUSAHAAN GETAH

(a)    Nyatakan usaha yang dilakukan oleh pihak British untuk menyekat penglibatan orang Melayu dalam perusahaan getah.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 260 - 262)

Pihak British TELAH .....
·         Meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913.
Akta ini melarang penanaman tanaman komersil (getah) dalam kawasan Tanah Simpanan Melayu.
·         Meluluskan Enakmen Tanah Padi 1917.
Enakmen ini melarang penanaman getah di atas tanah padi.
·         Melaksanakan Rancangan Stevenson 1922.
Rancangan ini mengehadkan pengeluaran getah oleh pekebun kecil.
·         Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa (RPGA) 1934.
Rancangan ini memberikan kuota pengeluaran yang rendah kepada pekebun kecil.
·         Menaikkan premium permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah.
Orang Melayu tidak mampu membayar premium untuk menukar syarat tanah padi menjadi tanah getah.
·         Melarang pembukaan tanah baru untuk penanaman getah.
·         Tidak menawarkan bantuan teknikal dan kewangan kepada pekebun kecil.


(b)     Mengapakah pihak British berusaha menyekat penglibatan orang Melayu dalam                perusahaan getah ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 260 - 262)

Pihak British berusaha menyekat penglibatan orang Melayu dalam perusahaan getah KERANA .....
·         Hendak melindungi kepentingan pengusaha Eropah
·         Mahu kekalkan orang Melayu menanam padi.
·         Usaha orang Melayu menjadi ancaman kepada pengusaha ladang.
·         Hendak mengawal harga getah di pasaran antarabangsa.
·         Hendak mengelakkan orang Melayu terlibat dalam ekonomi antarabangsa.


NILAI DAN IKTIBAR

(a)    Bagaimanakah perusahaan getah dapat memberikan sumbangan dalam              membantu meningkatkan kemajuan negara ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

·       Perusahaan getah boleh menarik pelabur asing menanam modal di negara kita.
·       Perusahaan getah boleh meningkatkan perusahaan barangan pengguna.
·       Perusahaan getah menyumbangkan pendapatan negara melalui cukai eksport dan
       tarif
·       Perusahaan getah menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.
·       Perusahaan getah meningkatkan kemajuan sistem perhubungan dan pengangkutan.
·       Eksport getah asli menyumbangkan pendapatan kepada negara.
·       Kayu getah dapat digunakan sebagai bahan mentah dalam industri perabot.


(b)    Nilaikan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan                kualiti hidup pekebun kecil getah di negara kita pada hari ini ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

·         Untuk meningkatkan kualiti hidup pekebun kecil getah di negara kita pada hari ini, KERAJAAN TELAH .....
·         Menyediakan bantuan tanam semula getah kepada pekebun kecil menyebabkan mereka dapat menggantikan pokok getah yang sudah tidak produktif.
·         Menyediakan bantuan sara hidup agar dapat meringankan beban hidup pekebun kecil ketika musim tidak dapat menoreh.
·         Menawarkan pinjaman modal untuk membantu pekebun kecil menggunakan teknologi moden dalam bidang perusahaan getah.
·         Menjalankan penyelidikan melalui Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) dan RISDA untuk meningkatkan kualiti susu getah supaya dapat membantu pekebun kecil meningkatkan hasil getah.
·         Memberikan bantuan nasihat dan teknikal dalam usaha meningkatkan lagi kecekapan pekebun kecil dalam perusahaan getah.


(c)     Wajarkah  perusahaan getah dikekalkan sebagai sumber ekonomi negara ?
         Berikan penjelasan anda.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

·       Sangat wajar dikekalkan. Ini adalah kerana perusahaan getah dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Contohnya, ladang getah menyediakan pekerjaan sebagai penoreh getah, buruh rencam, mandur dan sebagainya. Hal ini menyebabkan kadar pengangguran dapat dikurangkan. Dengan itu, taraf hidup masyarakat menjadi lebih baik.
·         Selain itu, perusahaan getah dapat membekalkan bahan mentah untuk perusahaan. Contohnya, perusahaan membuat tayar, kasut getah, sarung tangan dan sebagainya. Hal ini menyebabkan perindustrian berasaskan getah semakin berkembang. Akhirnya, hasil perindustrian dapat dieksport ke luar negara.

(d)     Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha mengekalkan kecemerlangan              sebagai negara pengeluar getah asli terbesar di dunia.
         Berikan komen anda.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

·       Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha mengekalkan kecemerlangan sebagai negara pengeluar getah asli terbesar di dunia. Ini adalah kerana tanah pertanian semakin berkurangan. Contohnya, tanah pertanian telah digunakan untuk dijadikan tapak perumahan, bangunan jabatan kerajaan, kemudahan asas dan lain-lain. Hal ini menyebabkan ladang-ladang getah tidak dapat dibangunkan.  Ladang getah yang sedia ada terpaksa dilupuskan untuk pembangunan.
·       Selain itu, Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha mengekalkan kecemerlangan sebagai negara pengeluar getah asli terbesar di dunia. Perladangan getah menghadapi persaingan daripada negara lain. Contohnya, negara Thailand, Indonesia dan Vietnam juga membuka ladang getah secara besar-besaran. Hal ini menyebabkan pengeluaran getah dunia berlebihan. Harga getah di pasaran dunia menjadi tidak stabil.